:)

Tuesday, December 27, 2011

We're Lucky To Have Those Memories

This entry is dedicated to LeBai. So, its better to close this page rather than reading this.
its kinda boring if you dont know about the character we talked.

:)







 and this is another part of our crazy stuff: Teatime. Yang ni macam story telling lah. ke keke

masa terpikir nak buat entry ni, ingatkan nak print screen semua post. tapi macam banyak sangat lah pulak. tak larat nak buat kerja gila ni. ni tak sampai half pun benda-benda yang kitorang sembang. kalw korang tahu pasal siapa yang kitorang dok sembang melalut-lalut ni pergi lah 'see friendship' kitorang. haha boleh teruskan membaca.

well, di sebabkan kat UMP now ni tengah musim study week, so I am missing my life as a student. Yeah, both of us really love went to library. kononnya boleh lebih focus dan senang nak mintak hint soalan sebenarnya. besides nak tanya dengan budak-budak genius batch kitorang pun senang. selain dari tu, misi paling besar mestilah cuci mata. gosh, UMP pun banyak eye candy tau. haha. lebih-lebih lagi sejak ada lenchai-lenchai oversea.

both of us got our 'main' eye candy. which yang memang tersemat di hati lah kononnya. my eye candy nick is Leader while Meen's is Sean, or Lokman? or Leman? ahhh, not so sure which one was her main eye candy since she cant stick with one. She keeps changing. ahhh, not to forgot, Wan Cheq Embong too. Saja bagi nickname, senang nak gosip lah, apa lagi. kalw panggil nama betul kan susah. haha. ahhh, bersempena hari ni hari selasa, meh nak reveal sapa Leader
 
jeng je jenggggg

...
.
.
.

leader and his favorite tee.
well, tak boleh la nak reveal sepenuhnya kan?  

tu bahagian Lenchai, bahagian Hensem pun ada jugak. Kalaw Meen, tak sure lah dia ada minat atau tak dengan laki Malay UMP. Aku ada jugak, nickname Dalung! keh keh keh.. Sebijik Dalung yang dalam cerita Taiwan tu. hape ntah tajuknya. Alah, yang mula-mula hodoh gila, last-last kaya and hensem. Tapi Dalung UMP ni tengah-tengah. hensem gila pun tak, hodoh sangat pun tak lah kowt. haha. Dalung ni suka sitcom How I Met Your Mother which made both of us pun tersuka cerita tu. best woih. Oh, lupa... Meen tak suka Malay UMP tapi ada satu Lenchai ni, member Dalung. Tak ingat lah pulak apa nick dia... apa eh bai? *jawab kat komen*

actually takde serious pun benda ni. saja-saja, bagi semangat nak pegi library. yelah, kalw kat bilik tu asyik mengadap laptop. padahal buat apa pun tak tahu. kalw kat library ni at least dapat lah 55% ilmu dari kat bilik cuma 4%. menyedihkan.

entry takde motif pun. just bila teringat benda-benda ni semua made me smile. like ear to ear. its okay being stupid, at least we've got so meaningful and funny memories to be remembered when we were study. Precious gila kowt. Meen ni memang Frenemy pun. hahaha. kadang-kadang macam gaduh bila bercakap, tapi takde pun. tapi bila dah sampai one part yang kitorang sekepala, memang non-stop gelak. usaha pun sama-sama gak. hahaha. sampai lah sekarang. when any of us meet Lenchai or Hensem guys, we will sms to each other. just to share that moment. funny tapi best.

sementara belum start keja, boleh la mengarut-ngarut camni. tengok sikit hari lagi nak bukak blog pun tak larat kowt. haha.


Monday, December 26, 2011

kuciwa

ah, benci lah. baru tak nak beli season greeting dia, dah tak nak masuk kan Malaysia dalam list! huh. 


dah la kapel senyap-senyap. huhhh! pegi lah Brazil sana!

Sunday, December 25, 2011

Friday, December 23, 2011

rezeki.


Oktober 2011,
Register Jobstreet, JobsMonster, dan hape-hape tah lagi laman web yang membolehkan aku dapat banyak job notification kat email. tapi yang paling aku komited sekali adalah jobstreet lah. since paling mudah dan ringkas. berdozen-dozen aku apply job satu hari. lagi-lagi bila baru register. semangat bukan main. especially bila Marina dah dapat job kat RHB Bank. lagi lah aku semangat bukan main menekan apply. lagi pulak keadaan ekonomi company plus attitude dan environment yang menyakitkan hati, memang nekad habes aku tak nak sambung.

dan usaha kegigihan aku menekan apply tu terbalas bila aku dapat interview invitation pada 29/10. memang happy, berdebar nak mampos. tapi masa ni bukan under civil punya job. saja je click kat job ni sebab aku pikir, kowt-kowt takde orang nak ambek aku keja ke kan. after dapatkan banyak pendapat dari member-member aku pun pegilah interview. most of the workers are indian. client pun bukan calang-calang; Maxis, Telekom, WHO lah kan. berterabur english. biasalah, indian biasanya selesa communicate in English. Memang masa tu self esteem drop gila. mind set dah cakap confirm job ni lebur. tapi Alhamdulillah, aku dapat second interview. puhhh, lega gila. tapi aku reject (tak ke bangang) sebab aku dah banyak sangat cuti tanpa reason. haha. pastu dapat interview kat pharmacy area rumah sekarang ni. pun tak pegi sebab atuk aku meninggal (Al-Fatihah)

November 2011,
masih setia dan gigih menekan apply kat Jobstreet. masa ni dah berharap kat Jobstreet je. Target nak kerja dengan consultant. tapi still apply jugak untuk contractor. takde pun respon dorang. heartless betul. paling baik pun, just notify resume aku menarik hati. dasar suka bagi harapan palsu. mencik
30/11 habes internship. bergenang jugak masa nak salam-salam terakhir tu.

Disember 2011,
bermula lah status penganggur tetap dan berwawasan dalam hidup aku. seminggu tu paling happy lah sebab boleh online 20 jam. tido pun 4 jam je. tah buat apa pun aku tak ingat. lepas tu cam haram bosan. duet pulak makin lama makin susut. badan tak nak pulak susut (tension) mula lah pikiran-pikiran negatif wujud. macam, aku ni lah antara-antara graduan-graduan yang terpaksa menganggur, takde peluang pekerjaan yang sesuai. alah, yang macam dalam paper. dulu baca, sekarang feel sendiri. mahu nak nangis jugak dalam bilik air. naseb kuat semangat. berkat menanggur ni lah aku berjaya tengok Tentang Dhia tak miss satu episode pun tau (riak)

Tapi not bad jugak, sebab ada lah tolong pak cik ngan mak cik aku ni jaga site. seronok woih, contractor jalan. heaven jugak. kat site, aku sorang je pempuan, mana tak enjoy. haha. masa tu jaga site kat pasir gudang. memang mencabar, sebab trailer-trailer macam celaka dia punya laju. naseb muda-muda dan sedap la jugak mata aku memandang. cuaca pulak masa tu suam-suam kuku. pokok-pokok pun besar boleh buat berteduh. tapi time buat coring test tu best, jumpa jodoh. haha

12/12 tengah duduk-duduk. tiba-tiba dapat interview notification kat phone (setting dah kat jobstreet, kalw ada job interview, automatic sampai kat phone) huru hara pegi on laptop and check. peh, consultant babe!!! 16/12 pegi interview. nak meredah highway pasir gudang, interview schedule pukul 10.00 pagi tapi 8.30 pagi dah gerak. jam pulak! tapi naseb baik sempat sampai pukul 9.30. aku belek-belek resume dan sijil-sijil aku tu. aktif jugak aku ni rupanya. hahaha. 9.45 pagi, dah start menggeletar. tangan sejuk. jantung kerja keras sikit harini. selalu normal je. baca lah 3 Qul, dan Al-Insyirah. tak tahu lah, tapi memang dah amalkan since sekolah-sekolah dulu. 9.50 pagi aku jalan slow-slow naik office. sampai je atas, tengok semua malay dan muda-muda. cool sikit hati. Jap lagi ada sorang lagi sampai. tengok persediaan dia, pehh sayu hati. rendah diri. dia dah la free hair (not the hot type tapinya. muahahaha) siap bawak file tebal. tengok file resume aku, rasa nak lari je. tapi takpe lah, rasa pulak interview ngan consultant camne. sedapkan hati sendiri.

duduk dua tiga minit, kitorang kena isi form Job Application. Lambat jugak aku isi. haha. paling tak boleh blah, time nak letak hobi tu. kahkahkah. dah tua camni hobi apa yang sesuai. takkan nak letak kumpul setem or main basikal ke kan. so aku letak je lah membaca. betul lah tu kan, baca blog, surat khabar, gosip. membaca jugak kan. tengok minah lagi sorang ni isi form ni laju gila. umur sebaya dengan aku. kat column previous job, dah ada 2 tempat dia keja. pehhh, berpengalaman lah pulak minah ni kan. tanya lagi dari UTM pulak tu. kecut je hati :(

pastu turn aku di interview. alhamdulillah, aku berjaya menceritakan pasal diri aku (peh, skema nak mampos) dari University mana, Final Year Project aku dulu. Masa intern aku buat apa. adalah dua tiga yang aku bohong. takkan lah nak cakap aku kena photostate or buat surat company kan... kena lah gempak sikit. buat VO, VOP, Purchase Order semua tu lah kan. Pegi meeting dengan sub-cont lah, peh dengar macam gempak je. dari riak muka Senior Engineer tu macam percaya. (Bos pegi oversea, bercuti :P) after tu tanya pasal esteem dengan autocad, aku jujur lah cakap aku ni lembab bab autocad dengan esteem. especially esteem. calculation tu mungkin boleh kowt. sebab dorang just tengok result math aku je. haha. dari PMR, SPM sampailah Matrix. Naseb baik, aku ni golongan tip-top math orang nya. after tu, dah lebih ke berborak. sampai adik beradik bagai. tinggal mana semua. santai lah sikit jiwa aku ni.

memang tak taruh harapan langsung since aku punya saingan ada pengalaman kerja.

sampai lah 22/12 pukul 11.15 pagi. baru je nak on laptop dan phone berbunyi. number tak kenal ni. Digi pulak tu. aku angkat:

Hello, I am Miss Wong for E.Charis Sdn Bhd. May I speak tu Miss Nurfarahana Binti Yaacob
Yes, speaking.
okay, what should I call you? Farah, is it okay?
Farah is okay. :)
Okay Farah, I just got back from holiday and I've been discussed with my Senior Engineer and my workers. You are accepted to work here! You may start working on 1st January of 2012. We give you RM1*** for a month. After 6 month we will increase the salary. ahh, you will bonded for two years. 
OMG!!! really.......
So, I really hope you may come on 1st January. Oh, wait a minute. Ist Januari hari apa eh? haha. I just told you without checking on calendar.
ahhh, hold on.( menjajau cari calendar) I am checking right now. Its on Sunday.
ahhh, sorry sorry. so, you will start on 2nd January okay.
okay.
you will receive your offer letter alongside a contract on that day. at first we want you to come and sign the letter first. but since its only 2 weeks more, we decided to hold it first. so I am anticipate that you to come and work with us soon. okay, Farah?
So, I dont need to come for second interview right?
yeah, just come and start work on 2nd January. If you have any question, you may call this number or office number, okay!
Okay, thank you so much Miss. 
dont let me down, okay. hahahaha.
yeah, yeah, I will come and join you soon!
okay, then... bye
bye!!

*speechless*

OMG!!!!! gila tak sangka!!!! tak tahu nak buat apa! Then I ran to my aunty's room. She was sewing his daughter school uniform. 
busu, kita dapat kerja!!!!!!
kat mana?
(both of us were jumping at that time.lol)
kat tempat yang kita interview haritu.
yang consultant tu keeee? tahniah, kak long!!!!
ahhh, busu. tak sangka sangat!!!
takpe, dah rezeki kau!!! tahniah!!!!pegi call mak...
(she was hugging me, and patted my shoulder. I wiped my tears. yeah, tears of joy)

no word can describe how I felt yesterday! yeah, called my mom and she sounds so happy. finally my parents worry disappear. Thanks Allah, for giving such a good opportunity to gain experiences there. Alhamdulillah. Hopefully this sustenance may hold my faith on you stronger. My worry finally ends. I am so grateful for this. its so unexpected. when I have started thinking to work at factory, tutty frutty and so on, You gave me this.

So, of course. Azam tahun baru aku melibatkan my first job as a Civil and Structure Engineer. So, gonna fill this final joy as a jobless with a great things. will sleep like a pig, cause I know, once I work soon, every thing will change drastically!

pen off. showering time!

Monday, December 12, 2011

Love:)


Today, 12/12/2011 Monday. Not a good start.

I feel bad, bored, miserable and lonely.

but then, late in the afternoon, got a good news. yeah, it is something that do not confirm yet but still make my heart and lips smile widely.

May Allah bless me and let my sustenance come near me. Amin

Favorite Lagu


I am not a fan of Yuna, but this song is so great!
gotta admit her talent :)
love it!


the video clip were simple yet so sweet.
plus the meaningful lyrics!
enjoice!

Monday, November 21, 2011

Dari Dia kita datang, kepada Dia juga kita kembali.

7 Mei 2011,
Izzat Badry Badaruddin

16 November 2011,
Abu Bakar Bin Mohd Lif.

the first one already made my hurt so badly. 

dan hari Rabu lepas, Atok pulak pergi menghadap Ilahi. Ya, Allah sayangkan mereka. Punya lah dia tak nak susahkan anak-anak dia, sanggup dia tahan sakit. Kalau sakit, dia cuma makan panadol tak pun ubat tahan sakit.

air mata memang tak yah cerita la dia punya laju. sampai mak tegur suruh stop. 

kat sijil mati, sebab utama kematian: SEPSIS DUE TO RIGHT LOWER LIMB. 
aku bukan dari kalangan student medic, so sapa-sapa yang tahu pasal sakit ni, sila terangkan kat aku okay.

semoga Allah tempatkan mereka yang aku sayang ni di kalangan hamba-hambanNya yang beriman dan di redhai.

AlFatihah.

Tuesday, November 15, 2011

atok.

Hopefully everything will go smoothly.
its hurt for losing someone you love.

Ya Allah, kau sihatkan lah tubuh badan beliau. Semoga kau jauhi dari segala penyakit yang di hidapi beliau..
Amin

Saturday, November 12, 2011

favorite quote on Eleventh of November of Two Thousand and Eleven


sometimes it's not the person you miss, it's the feelings and moments you had when you were with them.- basyi






yup, that quote really suit me well.

I dont know why I keep thinking of him, especially this past few days. my heart were grieving over this matter for six month already. I am tired. so tired. how I wish I can let things past easily. even his girlfriend already moved on. but why I am still being like this. I know I am not suppose to be like this. seriously. I feel like crying right now.


the memories of us being together kept replaying. 


wish me luck, people.

Thursday, November 10, 2011

Sumpah, kau annoying!


seriously, dah lah aku menyimpan tabiat-minum-clorox-sebagai-jalan-penyelesaian as bad side of kau. memang secara jujur dan ikhlasnya, aku tak berkenan sebab menyusahkan aku, sekarang lagi mau cari pasal kan.

soalan-soalan seperti, jom lah pegi Singapore. Jom pegi sana, pegi sini.. aku dah bosan okay nak jawab sebab alasannya tetap sama. Aku belum start kerja properly, so aku takde duit. Duit elaun yang pakcik kau bagi ni tak cukup okay. ya, tak cukup. aku kena divide RM500 ni kepada banyak bahagian.

kau pun patutnya, boleh bosan kowt dengar jawapan aku. sedap je cakap kan, alah bawak je lah RM200 pegi sana jalan-jalan ambil gambar. well, hello! senang je cakap kan.

tu dah satu hal.

hal lainnya, kenapalah nak guna pc aku just nak buat tengok Maharaja Lawak Mega. bukan aku kedekut ke apa, tapi secara logic nya dah lah tengah kerja. aku ni budak practical, kena la leave a nice impression kan. kau lain lah, orang yang boss minat (wekkk!) semua yang kau mintak sure dapat. even cuti minum clorox pun gaji jalan and lagi best dapat RM400. dan akibatnya, gaji bulan 9 aku just dapat RM250 je. what the hell. nanti, lepas 30/11 ni kau boleh amek pc ni tengok lah apa kau nak tengok. tutorial make up ke, pakai hijab ke Maharaja Lawak ke, hape ke. kalw kau nak telan pun sumpah aku tak kesah.

dah la suka mengendeng time aku baca blog, dan paling annoying sekali tak paham apa isi blog and judge the owner of the blog. hey hey hey! serious menyampah. lagi satu yang paling penting, i hate people touch my body. especially people that left her/his bad impression on me. dah la aku ni memang suka judge orang dulu, so kau adalah tergolong dalam orang yang betul sangkaan aku. be matured sikit lah. sangat menyampah bila orang hit me at one spot so many times. maybe sekali dua tu aku tegur gelak-gelak, then aku elak-elak. tapi bila aku dah buat bodoh, maknanya kau dah berjaya buat aku menyampah dengan kau sepenuh hati.

last sekali, stop lah paksa aku teman kau pegi Angsana. penat woih. aku nak gak stay kat ofis hari jumaat dan tidur. sebab pegi Angsana tiap-tiap minggu sangat membosankan. sumpah!

okay, sekarang nak kena start sambung tulis report LI aku. any time soon, En.Syamsul, lecturer kesayangan LeBai nak datang evaluate. ke ke ke

Monday, November 7, 2011

best


I can't forget the time we spent together, that two years. It's been really hard. I waited for a long time. I'll let myself go from the painful times, my love.. 

I've been waiting for this moment. Waiting so long that I could die. It was hard because the memories were still there. The time wasn't as long as the tears I cried..



Friday, November 4, 2011

Friendship. dan dia punya perasan.

Last week, my cousin merangkap bestfriend dari kecik kecik bertunang. Kitorang sebaya. Bestnya lah zaman kecik-kecik. Sedar-sedar semua dah berubah. Dah ada hala tuju dan impian masing-masing. So happy for her. Tapi yang sedihnya, tak leh nak join dorang punya majlis. Ni semua gara-gara terpaksa bekerja pada hari sabtu yang mulia lah, apa lagi. mencik! Dia cantik orang nya, saya admit dengan sepenuh hati. Dah habis majlis, macam biasalah kan sesi upload-upload gambar pulak. Tu pun takde masalah. Still boleh layankan jugak.

Yang jadi masalahnya, bila ada sampai story tak elok pulak. Yang peliknya, bukan cousin aku pun yang buat problem. Dia okay and cool je. Masalah timbul bila, ada one time masa kitorang form 2, ada sambutan Jubli Intan kat kampung aku. Aku tolong dia jaga booth, sambil sambil cuci mata, ada lah sorang member sekolah rendah ni tegur aku dan secara tak langsung dorang pun berkenalan. Since then, dorang jadi member. Aku biasa je lah, dengan member sekolah rendah tu pun bukan nya rapat sangat.

Yelah, dah member- member kan, cousin aku ni pun invite lah member sorang ni, dengan tambang bas ke Kluang dari KL di support oleh cousin aku. Cool kan dia. haha. Tapi yang tak sedapnya, bila sampai rumah cousin aku tu, si member sorang ni buat perangai macam celaka. haha. Kesian gila cousin aku, dengan nak prepare for dia punya majlis, nak siapkan hantaran lagi boleh pulak si member sorang ni meng provoke cousin aku.

" aku rasakan Ain(cousinaku), kau ni takde lah cantik sangat, kalau nak di bandingkan dengan aku, aku lagi cantik. Tapi aku tak paham kenapa kau boleh bertunang dulu dari aku"  si member memberikan pendapat dia
"??? *what the hell lah minah ni*" cousin aku dalam hatinya

Mula-mula cousin aku ni assume dia just bergurau, tapi kalw dah every second cakap benda yang sama, tak ke boleh hangin jadinya. Gila ke apa.

kenapa eh, sorang member boleh keluarkan ayat-ayat yang pada aku tak patut. memang tak patut. jodoh, ajal, maut semua tu kan dah ketentuannya. bila dah sampai masa, mesti kita akan ada kat tempat tu jugak. apalah untungnya nak sakitkan hati orang. sekarang, kau dah bagi bad impression kat orang lain. dah berkurang sorang member dia. masuk aku dua lah, haha.

member ni selalu juga nak menjodohkan aku dengan member-member dia. pada aku benda tu tak penting sekarang. seperti yang aku cakap kat entry-entry aku sebelum ni, aku tak berharap pun benda tu akan terjadi dalam masa terdekat ni. means, bukanlah aku menolak kalau jodoh aku dah sampai, tapi ye lah.. kestabilan kehidupan tu penting. kahwin bagi umur aku sekarang, bukan main pondok-pondok macam zaman sekolah tadika dulu. kahwin pada konteks umur aku sekarang adalah komitmen dan keyakinan. bukan senang-senang nak kahwin. bukan main petik je sapa kau suka, kahwin, dua tiga bulan cerai. lain lah kalau kat artis. 

macam yang cousin aku dan aku bincangkan, kita nak buat pilihan untuk pasangan hidup kita ni bukannya senang. yang penting dia beriman pada Allah dengan ikhlas. bukan nak show off saja. kalau dia betul-betul beriman pada Allah, insya-Allah semua tanggungjawab dan komitmen dia mampu jalankan. dengar serious benar kan aku punya entry. sebab aku memang tengah serious pun.

pernah sekali tu, aku ngan ex-boyfriend member kitorang tu satu matrix. adalah sekali dua aku teman dorang dating. so, kenal lah jugak kat ex-boyfriend dia tu. tapi takde lah rapat sangat sampai boleh bertepuk tampar. ex-boyfriend dia ni pernah lah called aku sebab nak tanya kenapa girlfriend dia tak angkat phone since rumah aku ngan member kitorang tu agak rapat. then, bila jumpa tu aku cakap lah kat member tu yang boyfriend dia cari sebab dia tak angkat phone kan. aku ingatkan benda tu sampai kat situ je. rupa-rupanya dia bagitahu mak dia. dah, masa raya tu aku kena sound ngan  mak dia. peh, sakit betul hati aku. tak lama lepas tu dorang pun clash. haha. padan muka. bajet cun sangat, last-last kena dump gak. kalau dari kampung tu, jangan lah otak cetek sangat. jadi kenservatif ni okay pada certain part. tapi kalau dah melampau sangat, boleh berambus. aku bukan jenis yang friendly boleh bertepuk tampar dengan orang yang baru kenal 10 minit. boleh join jalan-jalan hang out sana sini dengan orang yang baru kenal kat LRT station. Sebab nak senyum ngan outsiders pun agak susah bagi aku. bukan sombong, tapi aku bukan jenis terlalu friendly. kalau dah kenal lama, okay je.

dah lah tu kan, lagi banyak aku tulis, lagi banyak aku cerita. before aku publish post ni.. meh, nak share satu quote ni:

Love is not about meeting, seeing each other will not know how long love will last. Only know about continuing and persevering. -Heechul- 


kalau tak kenal Heechul tu, pegi search sendiri lah. google benda bukan-bukan tak payah di suruh pun. haha. petang ni balik kampung. 3 hari tu cuti! Selamat hari raya Aidiladha. dan selamat bercuti!

Wednesday, November 2, 2011

Kenangan.


Tak tahu lah, tapi sejak kebelakangan ni,aku asyik mimpi bestfriend (lelaki) aku sorang ni.
Lagi-lagi sejak Izzat dah takde ni.

dan lagu ni buat aku teringat kenangan kitorang time zaman sekolah rendah.
after tu, aku masuk asrama. sayangnya, relationship kitorang sampai aku tahun dua kat UMP je.
*we almost move on to a serious relationship, which was our parents wishes*
lepas tu, tak tahu mana silapnya, dia dah tak contact aku. dia pun dah ada steady girlfriend, and of course I am okay with that since I was in a relationship too.

seriousnya, aku miss kat dia. tapi everytime aku mimpi, takde pulak aku terpikir pasal dia pun before tidur tu.
lagi weird bila, mimpi tu macam berkait dan macam sambungan dari mimpi yang before ni.

apa- apa pun, aku hope dia sihat-sihat dan bahagia hendaknya.
semoga dia di jauhi mala petaka dan bencana.

auch, heartache.

notahujungkaki: sedar tak sedar dah 6 bulan Izzat pergi. Semoga rohnya di cucuri rahmat dah di tempatkan di tempat orang-orang yang di redhai dan beriman kepada Allah. Al-Fatihah.
notahujungkaki 2: senangnya girlfriend dia move on, dah in relationship dengan orang lain dah. kenapa aku pulak yang terlebih-lebih feeling ni.

Tuesday, November 1, 2011

Dilema

Tadi tengah busy-busy buat Laporan Analisa Prestasi bagi Purchasing Department, tetiba dapat call. Number pejabat, tak kenal. Sure number mana mana company yang aku click apply kat jobstreet call. So, tadi dengan tenang aku ehem, ehem sikit bagi suara merdu, aku pun angkat. Sekali betul wa punya tekaan babe!

Dapat offer untuk interview, hari esok supposenya, tapi aku mintak tangguh. Ingatkan next week lepas raya ke kan, sekali hari khamis. Pukul 11.00 AM. Waaaa...!!

Tapi yang problemnya, job ni takde kena mengena dengan aku punya degree pun. means, bukan aku memilih ke apa. Tapi ni Event Crew (Sales & Marketing). Secara seriousnya takde langsung pengalaman dan bayangan kerja ni camne Memang menyimpang jauh dah ni. Ni la padahnya main tekan je apply. Harap benda lain, lain pulak yang panggil camne ni.

So, perlu ke aku pegi eh? Ahh, dilema betul. Nak keluar dari company ni, tapi weird la pulak rasanya. Tak tahu nak cakap apa sebenarnya. nak kena discuss dengan family dulu ni. Haish.

Ke, pegi je interview untuk ambil feel suasana interview tu camne. Since, kalau pegi pun belum tentu dapat. Tapi kalau dapat camne pulak?

So, sape-sape boleh tolong bagi opinion tak? Wa bila dah berdebar ni, hapa pun tak leh pikir.

Sunday, October 30, 2011

serba salah

" eh Farah, bak sini la blog kau. nak gak baca apa kau mengarut kat blog kau"
" hah? hahaha. nanti lah aku bagi"

ni perbualan aku dengan mamat yang baru aku naek kan nama dia kat entry bawah ni. tak nak berdebar pulak kan. dah la dia memang tengah online time tu. gila apa. jadi, perlu ke aku nak bagi address blog aku ni. dah nak mampos. obvious bebebo kotnya aku mengata dia.

tapi buat tak tahu adalah jalan yang terbaik. agaknya la

anyway, tadi pegi fun fair. bab bab menjahanamkan duit memang hebat. tak pasal-pasal lesap RM50 aku. haish. baru dapat gaji da bankrap balik. naseb takde mamat- mamat jambu sebagai penggalak aku nak lesapkan duit dengan lebih banyak.

dah la, nak tido. esok cuti.

Wednesday, October 26, 2011

Relationship.


Aku rasa, aku pernah buat status pasal benda ni kat facebook aku. Dah lama lah tapinya kan. Macam ni lah, ada orang yang terdekat ngan korang tak straight. Apa korang buat? Tak straight kat sini bukan bermaksud tulang belakang dia bengkok ke, jalan kengkang ke kan. Alah, means lelaki tapi berpasangan dengan lelaki jugak. ataupun perempuan berpasangan dengan perempuan. weird kan. aku rasa semua orang perasan kowt. yelah, ngan kau guna "kau, aku" tapi bila ngan partner dia tu "saya, awak". maen sms, call sepanjang masa.

ni just pandangan mata kasar aku lah. tapi weirdkan, even kau bestfriend pun takdenya nak sms, call 24jam. tanya bila nak balik, keluar dengan sapa, tengah buat apa. maybe kalau perempuan tu takde lah weird sangat tapi bagi aku kalau lelaki yang buat camtu, agak pelik.. atau, mungkin aku je kot yang pikir bukan-bukan, hopefully, aku je yang pikir bukan-bukan. tapi kalau betul, GELI weh!

haha.tak tahu lah nak what ever kan or apa. entah lah. tapi kalau korang ada kat tempat aku, what will you do?

anyway, baru lepas makan pizza. alah, pizza yang ada 7 jenis cheese tu. ni semua salah beautiful nara ngan Hanis Zalikha punya blog lah yang promote pasal pizza tu. tak pasal-pasal dah mengidam. dan nasib baik idaman dah tercapai. so, boleh tidur dengan aman, hek.


Friday, October 21, 2011

Persediaan dan Perkahwinan

Assalamualaikum :)

Sejak start kerja (read: practical) kat tempat aku practical sekarang ni, aku selalu kena tanya dengan boss aku, I mean big boss, eh semua lelaki yang kerja kat situ, tak kesah la dia big boss ke, small boss ke, medium boss atau pun large boss. satu soalan yang aku rasa sensitif kot.

" bila nak kawen ni?"

masa mula-mula masuk, aku anggap benda tu satu topik saje-saje nak bagi nampak perbualan tu nampak macam banyak isi lah kononnya. tapi bila dah tiap-tiap kali masuk ofis, tanya benda yang sama aku rasa rimas. sebab kahwen belum ada dalam perancangan aku dalam masa 2 tahun ni. 2 tahun ni adalah masa aku nak cari karier aku. nak kukuhkan kedudukan kewangan aku. dan tak lupa gak, lesen percubaan aku. banyak lagi impian dan keinginan yang aku nak capai kot. nak beli kereta, rumah, jalan sana sini. well, muda lagi lah katakan. haks.

boss nombor 1 aku ni ada 2 bini, 13 anak. tu pun busy nak tambah anak. boss nombor 2 nak masuk 3 dah, boss nombor 3 ada 2 bini. dan pegawai akaun kat company aku tu pun ada 2 bini. kira lebih separuh ada dua bini. wth lah kan. aku tak kesah pun benda tu, tapi kadang-kadang aku takut. dah la ayat-ayat yang keluar dari mulut dorang tu memang tak sedap nak di dengar. menggelikanlah senang cerita. serious.

macam aku cakap tadi lah kan, dalam masa 2 tahun ni aku nak kukuhkan kewangan, kerjaya, jaringan sosial aku. nak pegi travel here and there. ada rumah and kereta idaman sendiri. bukan aku takut atau nak lari dari komitmen, tapi biarlah aku dapat apa yang aku nak sebelum aku galas semua komitmen tu. memang lah, dorang cakap semua tu boleh gak kalau nak capai even after dah kawen pun. tapi bagi aku feel nya lain. entah la kan, kesimpulannya aku memang tak bersedia. tak kisah lah dari segi mental ke fizikal. segala-galanya tak bersedia. hati pun.

kawen tu memang sunnah nabi, tapi kalau bila dah kawen both parties are not ready yet, then problem occurs. what should we do on that time? divorce? divorce pun dosa jugak kan. so, better aku siapkan diri aku dari segala aspek for my future partner. aku tak tahu sape partner aku tu, tapi aku hope both of us could make a preparation for our future, for our kids. LOL sumpah aku tak tahu sapa partner aku weh, tapi doa, apa salahnya kan. yelah, aku sebagai perempuan pun kena lah bersedia kan. kita bukan tahu apa akan jadi pada perjalanan kehidupan kita pada masa akan datang. bersedia je lah. atleast, kalau jadi pape, takde lah aku terkapai-kapai kan.

ni dalam akaun pun, kena tonggeng kan ATM nak keluar duit, ada hati nak kawen. kalau company boss bagi saya gaji penuh bulan-bulan takpe lah gak. ni gaji bulan sembilan pun baru half. lagi half tah bila. pastu gaji bulan oktober camne pulak ya boss? lemah betul kalw dapat gaji half-half ni. tak leh nak buat financial planning! haish. mintak-mintak ada la satu dua resume yang aku hantar tu sangkut! fuhh!!
okaylah, maybe topic ni dan topic kat entry bawah ni agak serious dan agak membosankan. tapi itu lah benda yang aku lalui dari hari pertama aku masuk keja sampailah sekarang. dah 4 bulan aku kena hadap semua ni. bosan okay. so lepas je 30/11 tu memang aku dah nekad nak blah dari situ. finacial and sosial range yang aku tak boleh nak hadap. especially yang lelaki. geli.


notahujungkaki: Peh, everyday breakfast dengan orang hensem. orang yang sama. sebenarnya, memang sengaja agak-agak masa bagi accidentally meet kat kedai. hehe. hensem. tapi for me to make a first step, is a NO! saja cuci-cuci mata :) tapi kalau tu memang jodoh pun apa salahnya. tak kesah la yang tu ataupun yang lagi satu. haks





Thursday, October 20, 2011

Cinta dan Kematangan

Ho Ho Ho.

Lama tak update blog. Tapi actually hari-hari sign in blog, klik blog orang lain, baca pastu klik 'x' kat atas belah kanan tu. Tengok kat blog orang, last update 4 minggu lepas. Nak update, tapi takde mood. Padahal banyak benda nak share sebenarnya. Faktor persekitaran pun main peranan mood nak update blog ni, tapi entah lah kan. Ni pun dah berapa kali aku save jadi draft. Update sikit sikit.

Sebenarnya, dua tiga hari ni macam rasa tak selesa dengan tempat aku kerja(read:practical) ni. Di samping masalah company yang aku rasa better aku tak story lah. Ada officemate yang tak best. Tak best pada aku adalah gatal. Secara seriousnya, aku tak selesa.

di pendek kan cerita,
Hari ahad haritu, sorang budak office aku ni masuk hospital. Biasalah tu kalau sakit ke, accident ke kan. Benda-benda yang kita tak boleh nak kawal. Tapi reason dia ni masuk hospital, minum clorox. di ulangi MINUM CLOROX. please lah kan. Rasa tak logik langsung bila someone minum clorox after gaduh ngan tunang dia. pheww~ First time for things like this had happened in range of my friends. Selalunya, baca kat paper or orang lain cerita. Tak tahu lah pulak, jadi juga kat dalam kehidupan aku. Peliknya.

Senang je nak tamat kan riwayat hidup bila ada masalah. Memang tak mature langsung!

Tah la, aku selalu pikir kenapa dia boleh terpikir nak buat something yang harm diri dia sendiri. Andai kata lah kan, dia mati masa tu. Tunang dia bertanggungjwab ke. Ke dia just go on je life dia macam biasa. Kemungkinan just berkabung dua tiga minggu, pastu mesti dia akan cari pengganti punya. Lelaki babe, dah la baru 22 tahun. Takkan dia nak bersedih for the rest of his life just for her kan. oh, officemate aku tu 21 tahun dan perempuan.

Rumor kata, dorang memang selalu gaduh pun. sampai berbabi sial bagai kat facebook kan. Tapi aku peduli apa sama wall orang. wall kau, suka hati kaulah nak buat status apa kan. Tapi, kenapa sampai one part tu dia nekad buat decision minum clorox. Boleh selesaikan ke masalah. Tak selesai masalah, makin menimbun adalah. Kesian gila kat family dia. Dari Terengganu, sangup turun ke Johor Bahru nak tengok dia. Tunang dia dari Kuala Lumpur pun sanggup meredah malam-malam buta sebabkan dia.

kita di berikan akal dan fikiran untuk berfikir. baik dan buruk. Allah berikan kita banyak pilihan. kita boleh pilih apa yang terbaik. kalau dah rasa partner kita tu bukan yang terbaik, kita ada hak nak cari yang lain. yelah, kalau time tunang/couple dah maki hamun. Tak mustahil bila dah kawen, kaki tangan pulak yang naik. cemburu itu satu perlu tapi kalau dah sampai nak beli barang dapur pun kata menyundal, susahlah kan. cemburu tak bertempat ni memang annoying. dah lah tak mati, masuk hospital kena kaunseling ngan doktor. pastu menyusahkan family, memang kesian gila. aku tengok mak dia malu nak menghadap boss office kitorang. kenapa dia tak pikir perasaan mak dia eh. aku pun bukan dari kategori anak solehah, tapi nak malu kan parents aku tak pernah terlintas. mungkin dia pun tak terlintas, tapi apa lah perasaan dia sebenarnya kan? apa tujuan dia sebenarnya. banyak lagi cara lain kalau dia nak bagi pengajaran pada tunang dia.

yang buat aku lagi sakit hati, bila dia boleh masuk office, gelak-gelak je. takde rasa bersalah langsung. bila di tanya  menyesal ke tak, dia jawab "menyesal lah jugak" menyesal lah jugak wtf? gila ke apa kau ni. dah buat semua orang kelam kabut, dan penyesalan tu tak terbit langsung? bodoh betul. bila aku tengok mak dia lap air mata, teringat aku kat mak aku. apa yang mak aku buat kalau aku berada kat tempat dia. sedih betul. skang dia cuti 'mengambil ketenangan' seminggu. dalam masa yang sama, dah menyusahkan office pulak. aku nak kena angkat call, lari sana, lari sini. tak terkejar dah. nak melayan si biang2 lagi. bosan betul. hehe.

tak sabar lagi nak tunggu hujung bulan 11 and blah dari sini. tak larat dah nak layan orang2 kat sini. makin besar pangkat, makin mengarut. makin biang. geli aku.

oklah, da pukul 4 dah. naseb tak banyak call. haha. nanti update lagi, ada lagi satu isu nak cakap. Plus, entry ni panjang dan bosan lak tu. k lah. bye

Wednesday, September 21, 2011

one two three, eh? three??





PERFORMER


GTOP


VI


PARK JUNGMIN(SS501)


4 MINUTE


FT ISLAND


UKISS


TEEN TOP


:) 
anticipate for seeing Gd and Hongki!!! and oh yesss, Eli!!!

lets partaaaaaaaaaaaaay!!!

cr: google

Thursday, September 15, 2011

Thursday, September 8, 2011

Jiwa


Turunan hujan di luar,
aku di dalam.
guruh bertempiaran sini dan sana.
hati ku pilu.

masa nan lalu kian bertandang.
mengusik jiwa nan lama berdiam.
indahnya dulu bertukar sadis kini.
tiada kata, tiada gaya.
pura pura pelengkap lakonan dunia,
buat tatapan lain khalifah.

aku sendirian meratapi.
apa nasib telah ketentuan.
masa penentu segala.
padamu ya Allah, ku berserah segala harapan.


Suara Kami Astro, 17 September 2011


masa balek bercuti raya seminggu last week, aku nampak iklan SuaraKami ni kat TV. tak brape nak faham sangat. So, sekarang dah keluar article baru best.

“Muzik adalah seni yang tiada batasan yang menjadi bahasa pengantara antara belia pelbagai budaya. Konsert Suara Kami 2011 meraikan semangat para belia selain menyambut 15 tahun perkhidmatan Astro kepada para pelanggan kami. Pada masa yang sama kami mengambil kesempatan ini untuk menyambut Hari Malaysia dengan membawakan sambutan berganda yang diserikan dengan barisan artis dan selebriti ternama, tempatan dan juga antarabangsa,”-Henry Tan, Ketua Pegawai Operasi Astro Malaysia.

antara artis yang bakai perform malam tu adalah;

Kpop girl group:
  Rania

 ratu carta hit India:
Naresh Iyer dan Chinmayi 

 Canto pop Hong Kong:
 Hins Cheung

 barisan artis-artis tanahair 
Yuna, Hujan, Faizal Tahir, Pop Shuvit, Lan Typewriter, Psycho Unit, Soul Krazy, Ruffneckz, Stacy 

 gitaris-gitaris lagenda:
 Man Kidal, Kid Search, Joe Wings dan Hillary Ang.


for those yang nak tengok Konsert ni, ada live broadcast;
masa:17 September
masa: 8:30 malam 

di saluran Astro RIA (Saluran 104), Raya HD (Saluran 188), Astro AEC (Saluran 301), 
Astro Vaanavil (Saluran 201), Astro Hitz (Saluran 705), 
TV2 dan TV9 selaku rakan media untuk menyiarkan konsert tersebut.

selain itu, Konsert Suara Kami ini juga boleh ditonton melalui laman sesawang www.suarakami.com.my, Portal Astro WAP dan ERA.fm.

:)

masuk adalah percuma 

 for more further information:

@suarakami2011


radio-radio rasmi: Hitz, Era, THR Raaga and MY.fm




Tuesday, September 6, 2011

3 weeks to go! Hoyeah~


Space and Sick


There were only him and me in that space:

" apa khabar, Farah?"
"okay je. camni lah"
"pakwe sihat?"
"pakwe??"
"alah, pakwe yang msg abang dulu?"
"huh?? ada ke? kenapa orang tak tahu pun???"
"ada..."

then, people started entering the space. cant ask further question. its hanging there.

The way he looked, the way he holds my hand,
its same as before.
same as 6 years ago.

A same person with a different status.
He is married to Farah.
not me, but someone else.

Thursday, August 11, 2011

entry masuk bakul angkat sendiri


"saya suka tengok awak ni, tenang je" bos
"ya? saya?" saya.sambil menuding jari ke diri sendri
Bos *nod nod*



actually bos, muka je nampak tenang. hati tak keruan. Sah! aku pandai berlakon

Tuesday, August 9, 2011

misteri kehilangan pendrive

Akhirnya pendrive berjaya di temui. Hoyeah lima kali!! Tu lah, lain kali jangan beli pendrive yang takde tempat gantung patung lembu. Susah nak cari, nak nak pulak, pendrive yang ada magnet. Mahu terlekat kat mana mana, pastu lupa. Memang menangis lah. Nak nak pulak dalam pendrive tu ada harta karun. Harta karun tu depends pada orang lah.

aku bosan. ok bye

Monday, August 8, 2011

I want to be stuck to your side all day long
I miss you even when my eyes are closed
Even if your love is fake, whisper it to me
In this moment, I want to let go of sanity

this is my first time feeling like this
Time goes by so fast with you, it scares me
Why am I like this? I chuckle to myself as I wonder
My feelings and my love keeps growing bigger 

Sunday, August 7, 2011

Diary Ramadhan Farah

aku tahu, ni tajuk popular most of the blog. ke blog yang aku baca je? oh yes, yang aku baca je lah tu kowt kalw korang tak pernah jumpa tajuk entry sebegini rupa.

nothing.

selamat menjalani ibadah puasa yang ke tujuh semua orang. aku baru nak start puasa isnin ni. bukan sengaja. and aku seorang perempuan yang ada sebab kukuh kenapa tak perlu puasa. bukan saja saja okay.

semoga semua orang tenang dalam menjalankan ibadah puasa tau. jangan emo emo. yang putus tunang, jangan sedih sedih. jodoh ada kat mana mana. semua terjadi ada hikmahnya. yang bajet innocent dan suka mengampu, pegi mampos.




al fatihah for Izzat Badry. its already 3 month since you go. the memories still remains :)

Friday, August 5, 2011

Salam Ramadhan-5

Assalamualaikum :)

Latest entry semua pasal keduniaan kan. Mamat ni hensem, mamat rambut blonde ni macam anjing bulu gulung gulung, mamat rambut kaler brown tu lembut nak mati rasa nak kapel ngan dia. semua pasal lelaki. okay lah tu kan, means aku still staright lagi kan.


semalam stalk ex bf punya facebook. JEALOUS okay. kitorang rapat dari aku darjah 3 sampai lah 2 tahun lepas. since darjah 3 tu dia selalu story mory pasal family dia, problem dia and boleh di katakan semua benda lah kan. kalw korang baca blog aku dari kat friendster punya blog, sure korang pernah baca kowt entry pasal dia. sedih kan. takde lah bf sebenarnya pun. Just best friend bagi kaum lelaki. Tak tahu lah kenapa, dulu time aku kat stf, dia still contact contact aku. time aku rajin hilang number phone and beli number phone baru, dia selalu berusaha cari number aku. ada satu kali time aku cuti raya, dia boleh siap belanja adik aku just nak menjayakan misi dia untuk tengok phone aku. adik aku yang lurus bendul ni pun pergi lah ambil phone aku senyap senyap and bagi kat dia. dia just tengok inbox and then dia save number dia. malam tu dia call. kalw kau tak pelik pula bila kau tahu yang kau actually takde nuber dia tapi tiba tiba tersembul pulak number dia kat screen. haha. tapi okayah kan, dia cerita balik lepas tu.

masa darjah tiga, dia pernah nangis and peluk aku. DARJAH 3 okay. Budak dulu dulu kat suci, takde nak buat benda mengarut mengarut macam zaman sekarang ni. dia sedih sebab parents dia gaduh. oh lupa nak cakap, kakak dia sangat garang. aku ni pulak adik angkat boyfriend kakak dia. so mesti lah aku cuak kalw jalan depan depan kakak dia. last last aku ngan abang angkat aku clash sebab kakak dia jealous =_=" bosan betul cinta monyet ni. berbalik ke tujuan perenggan ni, dia tak rapat ngan kakak dia, so aku lah tempat dia bercerita.

memang selalu lah main sms. tapi main sms secara professional lah sebab both of us, ada komitmen kat partner masing2.

sampai one part last two years, dia and girlfriend dia ada big crisis. bila girlfriend dia tu di pinang orang. since then dia berubah. maybe dia dah tahu betapa pentingnya girlfriend dia tu pada dia. since then, dia tak sms, tak call kalw jumpa pun dia buat bodoh. sedih betul. padahal bukan aku pun yang pegi pinang girlfriend dia tu. ada ke patut aku pulak yang kena tempias. haish. sedih kan.

and dia the last person yang aku baik sejak sekolah rendah. sejak aku masuk stf, semua best friend time sekolah rendah semua tak nak kawan ngan aku. hak hak. tak tahu lah kenapa. kalw aku call or sms nak tak nak je layan. mula mula boleh la buat buat tahan biarpun pedih tahu hati. tapi lama lama, its okay lah kalw kau tak nak kawan aku. nak buat camne kan. aku pun bukan best sangat.

but, sampai sekarang aku still contact ngan member member time kat stf. they are really my true friends. the one who give me advise plus the support in what ever I do. no matter how hard I am, they still stay besides me. Even dah dekat 6 tahun tinggalkan sekolah tapi friendship value yang aku dapat tu sangat susah aku nak cari lagi. sedihnya.

kawan kawan kat UMP pun sama. I treasure them a lots too. Banyak benda yang kita buat sama sama. 4 tahun tu lama. cukup nak kenal semua orang secara telus.


in any way, aku sayang kawan kawan aku. tsk

Wednesday, August 3, 2011

naega salanghaneun geu , geu salam-iya



bulan bulan puasa ni malas nak cakap banyak lah kan;

hah, tengok.







seswai ke tidak, belakang kira.

kat bawah ni sebenar nya gif. format. Tahu tak gif. tu apa? Halah, gambar yang gerak gerak tu. Tak pernah tengok? Padan muka,



si blonde tu si blonde tu


pakai jacket pun cool tak ke payah,

*sila click gambar kalw nak tengok gambar tu gerak gerak


k, bye.






Notahujungkaki: sapa dapat translate apa makna ayat kat tajuk entry ni, aku bagi duet raya :)

Friday, July 29, 2011

not so current interest laaah



hah, hebat tak?
dapat tengok renang berirama kat atas padang

EDIT:

terjumpa pulak video cool neh,


:)


kalw orang laen sebok sangat dengan Torres lah, Terry lah, *tiba tiba lost pulak sapa lagi player EPL. Lampard lah, Rooney huduh bebeno lah, aahhh, Pipiyapong lah,*ehhh? Cristiano Ronaldo mana boleh tinggal dowh. Aku tahu, Cristiano Ronaldo tak main EPL. aku tahu okay. Kalw korang suka Qiu Li or Aleksander Duric tu korang punya pasal lah kan.


aku dengan semangat #HarimauMalaya nya, suka kat mamat atas tu. yang pasti bukan yang tengah tu lah yang malam tadi kononnya injured bukan main sampai dia yang siku Abang wa sampai berdarah bibir, dia pulak yang jatuh sampai nak naik stretcher pun tak boleh. Lepas da kua padang tu elok pulak boleh bangun. *ah, what ever.


oh, mamat mana. mamat belah kiri tu ah. yang baju biru jersi no. 21 tuh. yang no 10 tu ramai sangat fans. so, wa tarik diri lah kan. mamat no 21 ni ai dah suka since AFF haritu. handsome plus sangat berkarisma time atas padang. I am rooting for him sejak haritu lah. 
Adek LeBai panggil dia Blondie. tengok rambut lah. lembut tau time lari lari sambil mengelecek bola. dah lah tinggi gila. Tinggi tu lah aset dia paling aku suka. :)

Tak atas padang dia nak merempit or what so ever, dia punya pasal. haha. Oh, nama dia? Search sendiri.

bye.

Wednesday, July 20, 2011

I am not 19 anymore, guys!



This is the forth time.

And I have to say "NO". A big big "NO"

A serious "NO" 

enough with 3 times.






Before this feeling getting in,

it is better if I stop all this thing before it getting worst.

and make both of us deeply hurt.