:)

Showing posts with label internship. Show all posts
Showing posts with label internship. Show all posts

Friday, March 22, 2013

Today and Onwards.

This few days, my frenemy and I keep on discussing on this one thing. one of a few things that we share a same interest. well, its KPOP. lol. KPOP concerts here and there.

Kalau dulu cabang untuk kpop tu ada berbagai-bagai. Kalau dulu kena bahagi-bahagi pasal kpop. Dulu concert, merchandise, album, variety shows and kdrama. tapi skang both of us dah narrow down kan ke satu je cabang untuk kpop; iaitu concert. tapi bila dah di kecikkan cabangnya pun, kitorang still sangat2 stress. nak pegi mana satu (poyo punya sangat2). konpius. plus some of the concert will be on Thursday! what the.. la kan. tak consider orang yang dah berkerjaya langsung. ada pulak on Sunday! memang sengaja mintak di carut la kan. takkan la aku nak kena amek annual leave kot. nanti cuti raya n kahwen(eh?) tinggal sikit la. mana boleh maaa..

ok. lets list down all our concert yang soon to be held here. Malaysia.


 

ASIA SUPER SHOW CASE
DATE: 12 May 2013
DAY: SUNDAY.

tak ke mintak di carut. the point is my mine bias would be here!
stressnya! kahkahkah
annual leave atau yobo! macam mana ni. haish.


AIA KPOP Live in KL.
DATE: 27 JUNE 2013 
DAY: THURSDAY

OK. ni paling teruk kena carut since its gonna be on Thursday. WTF!!!(What The Fish! :) ) 
but its ok. ni dah cukup membuktikan yang aku memang takde jodoh ngan my bbulmon ni.
 haish. tiap kali datang mesti tak ley nak pegi. especially after he revealed his love relationship.lol. pasrah gila.

ok. last one. my one and final hope. since both of the concert above aku sah sah tak boleh pegi. terutama the second one. 


2013 1st WORLD TOUR
g-dragon ( one of a kind)
DATE & DAY: TBA

I know, my jiji would never disappoint me. Hopefully bukan on weekdays dan hari ahad. incase hari ahad, akan ku rela dan gagahkan diri isi annual leave form satu hari untuk hari isnin. haha.

so, bai whats the decision? haha.

kalw korang jadi aku, korang akan konpius tak? heh

dan malam ini punya story yang akan di pergikan aku oleh si baiSingh yang tertdo bila dah buat appointment untuk amek ticket kat this someone. just because that someone is perempuan. lol. i know bai, kalw wa pun wa akan bersikap demikian. sikap-sikap yang biasanya dilopori akak-akak kubikel.


TWIN TOWERS ALIVE 2013.
DATE: 22/23 March 2013.
DAY: Friday/ Saturday.


well, nak pegi celebrate birthday dengan Eli. tapi keadaan tak mengizinkan.
plus nak jumpa my virtual character in baisingh TeaTime session.

actually kitorang do blog memang bukan untuk orang laen paham pun. thats why la most of the entries hanya di pahami oleh certain peoples. haha.





notahujungkaki: sila abaikan wallpaper pc aku. dah klik gambar kalau tak nampak. tapi GD memang forever relevant. kan kan kan bai? haha

Friday, December 23, 2011

rezeki.


Oktober 2011,
Register Jobstreet, JobsMonster, dan hape-hape tah lagi laman web yang membolehkan aku dapat banyak job notification kat email. tapi yang paling aku komited sekali adalah jobstreet lah. since paling mudah dan ringkas. berdozen-dozen aku apply job satu hari. lagi-lagi bila baru register. semangat bukan main. especially bila Marina dah dapat job kat RHB Bank. lagi lah aku semangat bukan main menekan apply. lagi pulak keadaan ekonomi company plus attitude dan environment yang menyakitkan hati, memang nekad habes aku tak nak sambung.

dan usaha kegigihan aku menekan apply tu terbalas bila aku dapat interview invitation pada 29/10. memang happy, berdebar nak mampos. tapi masa ni bukan under civil punya job. saja je click kat job ni sebab aku pikir, kowt-kowt takde orang nak ambek aku keja ke kan. after dapatkan banyak pendapat dari member-member aku pun pegilah interview. most of the workers are indian. client pun bukan calang-calang; Maxis, Telekom, WHO lah kan. berterabur english. biasalah, indian biasanya selesa communicate in English. Memang masa tu self esteem drop gila. mind set dah cakap confirm job ni lebur. tapi Alhamdulillah, aku dapat second interview. puhhh, lega gila. tapi aku reject (tak ke bangang) sebab aku dah banyak sangat cuti tanpa reason. haha. pastu dapat interview kat pharmacy area rumah sekarang ni. pun tak pegi sebab atuk aku meninggal (Al-Fatihah)

November 2011,
masih setia dan gigih menekan apply kat Jobstreet. masa ni dah berharap kat Jobstreet je. Target nak kerja dengan consultant. tapi still apply jugak untuk contractor. takde pun respon dorang. heartless betul. paling baik pun, just notify resume aku menarik hati. dasar suka bagi harapan palsu. mencik
30/11 habes internship. bergenang jugak masa nak salam-salam terakhir tu.

Disember 2011,
bermula lah status penganggur tetap dan berwawasan dalam hidup aku. seminggu tu paling happy lah sebab boleh online 20 jam. tido pun 4 jam je. tah buat apa pun aku tak ingat. lepas tu cam haram bosan. duet pulak makin lama makin susut. badan tak nak pulak susut (tension) mula lah pikiran-pikiran negatif wujud. macam, aku ni lah antara-antara graduan-graduan yang terpaksa menganggur, takde peluang pekerjaan yang sesuai. alah, yang macam dalam paper. dulu baca, sekarang feel sendiri. mahu nak nangis jugak dalam bilik air. naseb kuat semangat. berkat menanggur ni lah aku berjaya tengok Tentang Dhia tak miss satu episode pun tau (riak)

Tapi not bad jugak, sebab ada lah tolong pak cik ngan mak cik aku ni jaga site. seronok woih, contractor jalan. heaven jugak. kat site, aku sorang je pempuan, mana tak enjoy. haha. masa tu jaga site kat pasir gudang. memang mencabar, sebab trailer-trailer macam celaka dia punya laju. naseb muda-muda dan sedap la jugak mata aku memandang. cuaca pulak masa tu suam-suam kuku. pokok-pokok pun besar boleh buat berteduh. tapi time buat coring test tu best, jumpa jodoh. haha

12/12 tengah duduk-duduk. tiba-tiba dapat interview notification kat phone (setting dah kat jobstreet, kalw ada job interview, automatic sampai kat phone) huru hara pegi on laptop and check. peh, consultant babe!!! 16/12 pegi interview. nak meredah highway pasir gudang, interview schedule pukul 10.00 pagi tapi 8.30 pagi dah gerak. jam pulak! tapi naseb baik sempat sampai pukul 9.30. aku belek-belek resume dan sijil-sijil aku tu. aktif jugak aku ni rupanya. hahaha. 9.45 pagi, dah start menggeletar. tangan sejuk. jantung kerja keras sikit harini. selalu normal je. baca lah 3 Qul, dan Al-Insyirah. tak tahu lah, tapi memang dah amalkan since sekolah-sekolah dulu. 9.50 pagi aku jalan slow-slow naik office. sampai je atas, tengok semua malay dan muda-muda. cool sikit hati. Jap lagi ada sorang lagi sampai. tengok persediaan dia, pehh sayu hati. rendah diri. dia dah la free hair (not the hot type tapinya. muahahaha) siap bawak file tebal. tengok file resume aku, rasa nak lari je. tapi takpe lah, rasa pulak interview ngan consultant camne. sedapkan hati sendiri.

duduk dua tiga minit, kitorang kena isi form Job Application. Lambat jugak aku isi. haha. paling tak boleh blah, time nak letak hobi tu. kahkahkah. dah tua camni hobi apa yang sesuai. takkan nak letak kumpul setem or main basikal ke kan. so aku letak je lah membaca. betul lah tu kan, baca blog, surat khabar, gosip. membaca jugak kan. tengok minah lagi sorang ni isi form ni laju gila. umur sebaya dengan aku. kat column previous job, dah ada 2 tempat dia keja. pehhh, berpengalaman lah pulak minah ni kan. tanya lagi dari UTM pulak tu. kecut je hati :(

pastu turn aku di interview. alhamdulillah, aku berjaya menceritakan pasal diri aku (peh, skema nak mampos) dari University mana, Final Year Project aku dulu. Masa intern aku buat apa. adalah dua tiga yang aku bohong. takkan lah nak cakap aku kena photostate or buat surat company kan... kena lah gempak sikit. buat VO, VOP, Purchase Order semua tu lah kan. Pegi meeting dengan sub-cont lah, peh dengar macam gempak je. dari riak muka Senior Engineer tu macam percaya. (Bos pegi oversea, bercuti :P) after tu tanya pasal esteem dengan autocad, aku jujur lah cakap aku ni lembab bab autocad dengan esteem. especially esteem. calculation tu mungkin boleh kowt. sebab dorang just tengok result math aku je. haha. dari PMR, SPM sampailah Matrix. Naseb baik, aku ni golongan tip-top math orang nya. after tu, dah lebih ke berborak. sampai adik beradik bagai. tinggal mana semua. santai lah sikit jiwa aku ni.

memang tak taruh harapan langsung since aku punya saingan ada pengalaman kerja.

sampai lah 22/12 pukul 11.15 pagi. baru je nak on laptop dan phone berbunyi. number tak kenal ni. Digi pulak tu. aku angkat:

Hello, I am Miss Wong for E.Charis Sdn Bhd. May I speak tu Miss Nurfarahana Binti Yaacob
Yes, speaking.
okay, what should I call you? Farah, is it okay?
Farah is okay. :)
Okay Farah, I just got back from holiday and I've been discussed with my Senior Engineer and my workers. You are accepted to work here! You may start working on 1st January of 2012. We give you RM1*** for a month. After 6 month we will increase the salary. ahh, you will bonded for two years. 
OMG!!! really.......
So, I really hope you may come on 1st January. Oh, wait a minute. Ist Januari hari apa eh? haha. I just told you without checking on calendar.
ahhh, hold on.( menjajau cari calendar) I am checking right now. Its on Sunday.
ahhh, sorry sorry. so, you will start on 2nd January okay.
okay.
you will receive your offer letter alongside a contract on that day. at first we want you to come and sign the letter first. but since its only 2 weeks more, we decided to hold it first. so I am anticipate that you to come and work with us soon. okay, Farah?
So, I dont need to come for second interview right?
yeah, just come and start work on 2nd January. If you have any question, you may call this number or office number, okay!
Okay, thank you so much Miss. 
dont let me down, okay. hahahaha.
yeah, yeah, I will come and join you soon!
okay, then... bye
bye!!

*speechless*

OMG!!!!! gila tak sangka!!!! tak tahu nak buat apa! Then I ran to my aunty's room. She was sewing his daughter school uniform. 
busu, kita dapat kerja!!!!!!
kat mana?
(both of us were jumping at that time.lol)
kat tempat yang kita interview haritu.
yang consultant tu keeee? tahniah, kak long!!!!
ahhh, busu. tak sangka sangat!!!
takpe, dah rezeki kau!!! tahniah!!!!pegi call mak...
(she was hugging me, and patted my shoulder. I wiped my tears. yeah, tears of joy)

no word can describe how I felt yesterday! yeah, called my mom and she sounds so happy. finally my parents worry disappear. Thanks Allah, for giving such a good opportunity to gain experiences there. Alhamdulillah. Hopefully this sustenance may hold my faith on you stronger. My worry finally ends. I am so grateful for this. its so unexpected. when I have started thinking to work at factory, tutty frutty and so on, You gave me this.

So, of course. Azam tahun baru aku melibatkan my first job as a Civil and Structure Engineer. So, gonna fill this final joy as a jobless with a great things. will sleep like a pig, cause I know, once I work soon, every thing will change drastically!

pen off. showering time!

Thursday, November 10, 2011

Sumpah, kau annoying!


seriously, dah lah aku menyimpan tabiat-minum-clorox-sebagai-jalan-penyelesaian as bad side of kau. memang secara jujur dan ikhlasnya, aku tak berkenan sebab menyusahkan aku, sekarang lagi mau cari pasal kan.

soalan-soalan seperti, jom lah pegi Singapore. Jom pegi sana, pegi sini.. aku dah bosan okay nak jawab sebab alasannya tetap sama. Aku belum start kerja properly, so aku takde duit. Duit elaun yang pakcik kau bagi ni tak cukup okay. ya, tak cukup. aku kena divide RM500 ni kepada banyak bahagian.

kau pun patutnya, boleh bosan kowt dengar jawapan aku. sedap je cakap kan, alah bawak je lah RM200 pegi sana jalan-jalan ambil gambar. well, hello! senang je cakap kan.

tu dah satu hal.

hal lainnya, kenapalah nak guna pc aku just nak buat tengok Maharaja Lawak Mega. bukan aku kedekut ke apa, tapi secara logic nya dah lah tengah kerja. aku ni budak practical, kena la leave a nice impression kan. kau lain lah, orang yang boss minat (wekkk!) semua yang kau mintak sure dapat. even cuti minum clorox pun gaji jalan and lagi best dapat RM400. dan akibatnya, gaji bulan 9 aku just dapat RM250 je. what the hell. nanti, lepas 30/11 ni kau boleh amek pc ni tengok lah apa kau nak tengok. tutorial make up ke, pakai hijab ke Maharaja Lawak ke, hape ke. kalw kau nak telan pun sumpah aku tak kesah.

dah la suka mengendeng time aku baca blog, dan paling annoying sekali tak paham apa isi blog and judge the owner of the blog. hey hey hey! serious menyampah. lagi satu yang paling penting, i hate people touch my body. especially people that left her/his bad impression on me. dah la aku ni memang suka judge orang dulu, so kau adalah tergolong dalam orang yang betul sangkaan aku. be matured sikit lah. sangat menyampah bila orang hit me at one spot so many times. maybe sekali dua tu aku tegur gelak-gelak, then aku elak-elak. tapi bila aku dah buat bodoh, maknanya kau dah berjaya buat aku menyampah dengan kau sepenuh hati.

last sekali, stop lah paksa aku teman kau pegi Angsana. penat woih. aku nak gak stay kat ofis hari jumaat dan tidur. sebab pegi Angsana tiap-tiap minggu sangat membosankan. sumpah!

okay, sekarang nak kena start sambung tulis report LI aku. any time soon, En.Syamsul, lecturer kesayangan LeBai nak datang evaluate. ke ke ke

Tuesday, November 1, 2011

Dilema

Tadi tengah busy-busy buat Laporan Analisa Prestasi bagi Purchasing Department, tetiba dapat call. Number pejabat, tak kenal. Sure number mana mana company yang aku click apply kat jobstreet call. So, tadi dengan tenang aku ehem, ehem sikit bagi suara merdu, aku pun angkat. Sekali betul wa punya tekaan babe!

Dapat offer untuk interview, hari esok supposenya, tapi aku mintak tangguh. Ingatkan next week lepas raya ke kan, sekali hari khamis. Pukul 11.00 AM. Waaaa...!!

Tapi yang problemnya, job ni takde kena mengena dengan aku punya degree pun. means, bukan aku memilih ke apa. Tapi ni Event Crew (Sales & Marketing). Secara seriousnya takde langsung pengalaman dan bayangan kerja ni camne Memang menyimpang jauh dah ni. Ni la padahnya main tekan je apply. Harap benda lain, lain pulak yang panggil camne ni.

So, perlu ke aku pegi eh? Ahh, dilema betul. Nak keluar dari company ni, tapi weird la pulak rasanya. Tak tahu nak cakap apa sebenarnya. nak kena discuss dengan family dulu ni. Haish.

Ke, pegi je interview untuk ambil feel suasana interview tu camne. Since, kalau pegi pun belum tentu dapat. Tapi kalau dapat camne pulak?

So, sape-sape boleh tolong bagi opinion tak? Wa bila dah berdebar ni, hapa pun tak leh pikir.

Thursday, August 11, 2011

entry masuk bakul angkat sendiri


"saya suka tengok awak ni, tenang je" bos
"ya? saya?" saya.sambil menuding jari ke diri sendri
Bos *nod nod*



actually bos, muka je nampak tenang. hati tak keruan. Sah! aku pandai berlakon