:)

Monday, July 13, 2015

26 Ramadhan 1436

Alhamdulillah.

Sedar tak sedar dah hari ke dua puluh enam kita berpuasa. bagi aku, ini adalah Ramadhan paling bermakna yang pernah aku lalui. ye, tahun- tahun sebelum ni mungkin hidayah Allah belum betul-betul sampai kepada aku..makanya peluang yang cuma datang sekali setahun di mana pahala kita dilipat gandakan oleh Allah itu aku sia siakan.

Tahun ni, 2015. Tahun kedua sebagai isteri kepada suami aku. Tahun kedua menjadi menantu kepada keluarga mertua. sebenarnya, bukan mudah untuk melalui alam perkahwinan. jujur, awal awal kawen, memang kitorang selalu sangat bergaduh. tapi masuk setahun, persefahaman dan toleransi tu wujud dengan sendiri. dimana, ada benda yang perlu di bincang dan ada benda yang boleh di abaikan. ok, done dengan personal life.

2015- terlalu banyak situasi di sekeliling aku yang buat aku sedar betapa ruginya aku selama ni. aku di beri peluang untuk hidup dan dikurniakan rezeki. November 2011 habis belajar, 2 bulan  after tu terus dapat kerja. memang bersyukur sangat-sangat. 2014 aku di murahkan rezeki bila jodoh untuk berkahwin tu sampai. di kurniakan keluarga mertua yang sangat baik. semua sangat okay kesimpulannya. tapi kadang-kadang sikap tamak dan tak puas hati tu selalu akan tutup rezeki lain yang Allah dah bagi. selalu cari salah dan kekurangan sedangkan kelebihan yang Allah bagi tu sebenarnya berlipat kali ganda. Jadi, bila umur dah 27 tahun ni aku selalu berdoa supaya Allah beri aku lebih hidayah dan istiqamah kepada aku untuk berubah jadi hambaNya yang lebih baik. mungkin kurang sebenarnya, tapi lebih baik dari diri aku yang semalam. semua yang berlaku mesti ada hikmah dan peluang yang Allah nak bagi.

okay lah. best sebenarnya blogging ni. tapi masa sangat tak membenarkan (cewah!) aku selalu lepak kat sini. lagi pulak, kawasan rumah in law aku connection internet tersangatlah limited.

bye. see u again!

1 comment:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)