:)

Friday, February 18, 2011

Hari ini hari jumaat.


korang tahu tak harini merupakan hari jumaat? hari jumaat adalah penghulu segala hari. dan hari jumaat juga merupakan penutup bagi setiap kejayaan kita pada 6 hari yang lepas. banyak perkara perkara sunat di lakukan pada hari ini.

baik betul aku hari ni. otak pn tak lampi kat kelas td. just power mata je kena check balek. macam da naik je, or maybe dah turun.

takde apa2 pn nak cakap, just terasa nak update blog. best pulak rasanya. sementara aku takde benda nak cerita, meh aku tolong google sket2 pasal kebaikan hari jumaat ni.

jap eh.
...
Dalam sebuah hadis Riwayat Ibnu Majjah & Al-Baihaqi ada menyatakan bahawa pada hari itu ada 5 perkara berlaku iaitu :
1. Penciptaan Nabi Adam AS
2. Keluarnya beliau dari syurga
3. Wafatnya beliau
4. Terdapat satu masa pada hari ini yang doanya akan terus dimakbulkan oleh Allah SWT kecuali untuk benda-benda haram.
5. Terjadinya kiamat.

Dalam pada itu dalam mengambil dan menghayati kemuliaan dan keberkatan hari Jumaat ini para ulama' telah menggariskan beberapa perkara yang disunatkan ( berpandu dari sunnah Nabi SAWi ) antaranya :
1. Perbanyakkan doa, zikir dan selawat.
2. Banyak Membaca Al-Quran.
- Malam Jumaat : Surah Yasin & Al-Kahfi
- Subuh : Surah Sajdah & Insan.
- Selepas solat Jumaat : Surah Ihklas, Falaq & Nas.
3. Bangun pagi berniat mandi sunat Jumaat, membersih diri/badan dan berwangi-wangian.
4. Berpakaian serba putih.
5. Segera ke masjid.
6. Iktikaf di masjid & mendengan khutbah.
7. Solat sunat sebelum dan selepas Jumaat.
8. Banyakkan sedekah.

cr: http://citramind.blogspot.com/2009/12/kemuliaan-hari-jumaat.html

ni just nak share. sebab aku rasa menarik



Pada suatu hari , Nabi Musa a.s telah naik ke atas bukit dan terlihat satu kaum yang tekun beribadat . Baginda pun menghampirimereka lalu bertanya tentang ibadat yang mereka lakukan itu . Mereka menjawab , "Kami umat tuan juga . Kami telah menyembah Allah dengan tekun selama tujuh puluh tahun . Kami hanya makan buah - buahan dan minum air hujan . Kami hidup dengan penuh kesabaran.."
Nabi Musa a.s gembira mendengarnya . Kemudian , turun wahyu Allah s.w.t yang bermaksud , "Hai Musa , bagi umat Muhammad nanti , akan ada 1 hari di mana Orang yang mengerjakan ibadat hanya dua rakaat . Pahalanya lebih baik daripada umatmu yang tujuh puluh tahun ini.."
Mendengar firman Allah s.w.t itu , Nabi Musa a.s bertanya ,
"Ya Allah , hari apakah yang di lebihkan itu ?"
Nabi Musa a.s di beritahu , hari itu adalah hari Jumaat . Mendengarkan itu , Nabi Musa a.s pun memohon kepada Allah s.w.t agar umatnya juga di berikan 1 hari yang di lebihkan . Maka Allah s.w.t berfirman "Untukmu hari yang berbahagia itu adalah hari Sabtu . Untuk Isa hari Ahad . Untuk Ibrahim hari Isnin . Untuk Zakaria hari Selasa . Rabu untuk Yahya dan hari Khamis untuk Adam . Jumaat adalah untuk umat Muhammad.." Nabi Musa a.s bersyukur mendengarnya .
Ada sebuah hadis Nabi Muhammad s.a.w yang mengatakan , dOa pada hari Jumaat adalah dOa yang makbul . sesungguhnya , hari Jumaat adalah hari yang penuh dengan berkat .
Nabi Muhammad s.a.w bersabda , "Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat , maka dia akan didOakan Oleh malaikat hingga malam.."
Dari Abu Hurairah , katanya dia mendengar Nabi Muhammad s.a.w bersabda , "Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat , melainkan melainkan 1 ary sebelumnya ataw sesudahnya.."
Nabi Muhammad juga bersabda , "Siapa yang berwuduk untuk menghadiri sOlat Jumaat adalah baik (memadai) tetapi sesiapa yang mandi maka adalah lebih baik.."
Sesiapa yang paling awal datang ke masjid pada hari Jumaat mendapat pahala ibarat berkOrban sekOw unta . Orang yang datang lebih lambat mendapat pahala ibarat berkOrban sekOw lembu . Orang yang datang lebih lambat lagi mendapat pahala ibarat sekOw kambing & Orang yang datang pada saat - saat akhir mendapat pahala ibarat berkOrban sekOw ayam . Sesiapa yang datang paling akhir mendapat pahala ibarat berkOrban sebutir telOr ayam .

Setiap langkah perjalanan ke masjid untuk sOlat Jumaat akan di tulis Oleh malaikat seperti ibadat 2O tahun . Orang yang melakukan sOlat Jumaat , pahalanya sama dgn amalam 2OO tahun . bayang kan lah ! itulah kelebihan yang telah ALLAH s.w.t janjikan kepada hamba yang turut perintah-Nya ~
Di Baitul Makmur iaitu langit ke-7 ada 1 menara perak yg berkilau . Pada hari Jumaat , naiklah malaikat Jibril ke atas menara itu untuk melaungkan azan . Kemudian malaikat Israfil berkhutbah dan malaikat Mikail menjadi imam sOlat Jumaat . Semua malaikat ikut sOlat Jumaat
Setelah selesai sOlat , malaikat Jibril berkata , "Semua pahala azan ku berikan kepada sekalian muazzin di kalangan umat Muhammad.."
Berkata pula malaikat Israfil , "Semua pahala khutbahku , ku serahkan kepada umat Muhammad yang menjadi khatib di muka bumi.."
Berkata pula malaikat Mikail , "Semua pahalaku kerana menjadi imam dalam sOlat jumaat ini aku berikan kepada semua Orang di kalangan umat Muhammad yg menjadi imam pada hari Jumaat.."
Mendengar kata - kata para malaikat itu , semua malaikat yang menjadi makmum sOlat jumaat tidak mahu ketinggalan . Mereka berkata , "Semua pahala sOlat kami ini berikan kepada semua Orang yang menunaikan sOlat Jumaat berjemaah.."
Allah s.w.t berfirman , "Wahai sekalian malaikat-Ku , adakah kamu perhatikan bahawa Allah Maha Pemurah ? Demi Kemuliaan & Kesuciaan-Nya , Orang yang menunaikan sOlat Jumaat diampuni dOsa - dOsanya . Merekalah yang taat kepada perintah Allah dan setia kepada kekasih-Nya , Muhammad.."
okay, thats all. kepada kawan2 lelaki aku, sila pergi sembahyang jumaat okay. bukan selalu pn kena sembahyang jumaat ni. seminggu sekali je. dating pn hari hari. aku secara serious nak cakap, aku anti betul kalw nampak orang lelaki tak pergi sembahyang jumaat. lebih lebih lagi sebab dating. awek kat tepi pn relax je boyfie tak pergi sembahyang. kalw aku malu kowt. ilang respect aku kat korang weh.
dah a. tiba tiba teremo. haha. bye~



No comments: