korang tahu tak harini merupakan hari jumaat? hari jumaat adalah penghulu segala hari. dan hari jumaat juga merupakan penutup bagi setiap kejayaan kita pada 6 hari yang lepas. banyak perkara perkara sunat di lakukan pada hari ini.
baik betul aku hari ni. otak pn tak lampi kat kelas td. just power mata je kena check balek. macam da naik je, or maybe dah turun.
takde apa2 pn nak cakap, just terasa nak update blog. best pulak rasanya. sementara aku takde benda nak cerita, meh aku tolong google sket2 pasal kebaikan hari jumaat ni.
jap eh.
...
Dalam sebuah hadis Riwayat Ibnu Majjah & Al-Baihaqi ada menyatakan bahawa pada hari itu ada 5 perkara berlaku iaitu :
1. Penciptaan Nabi Adam AS
2. Keluarnya beliau dari syurga
3. Wafatnya beliau
4. Terdapat satu masa pada hari ini yang doanya akan terus dimakbulkan oleh Allah SWT kecuali untuk benda-benda haram.
5. Terjadinya kiamat.
Dalam
pada itu dalam mengambil dan menghayati kemuliaan dan keberkatan hari
Jumaat ini para ulama' telah menggariskan beberapa perkara yang
disunatkan ( berpandu dari sunnah Nabi SAWi ) antaranya :
1. Perbanyakkan doa, zikir dan selawat.
2. Banyak Membaca Al-Quran.
- Malam Jumaat : Surah Yasin & Al-Kahfi
- Subuh : Surah Sajdah & Insan.
- Selepas solat Jumaat : Surah Ihklas, Falaq & Nas.
3. Bangun pagi berniat mandi sunat Jumaat, membersih diri/badan dan berwangi-wangian.
4. Berpakaian serba putih.
5. Segera ke masjid.
6. Iktikaf di masjid & mendengan khutbah.
7. Solat sunat sebelum dan selepas Jumaat.
8. Banyakkan sedekah.
cr:
http://citramind.blogspot.com/2009/12/kemuliaan-hari-jumaat.html
ni just nak share. sebab aku rasa menarik
Pada
suatu hari , Nabi Musa a.s telah naik ke atas bukit dan terlihat satu
kaum yang tekun beribadat . Baginda pun menghampirimereka lalu bertanya
tentang ibadat yang mereka lakukan itu . Mereka menjawab , "Kami umat
tuan juga . Kami telah menyembah Allah dengan tekun selama tujuh puluh
tahun . Kami hanya makan buah - buahan dan minum air hujan . Kami hidup
dengan penuh kesabaran.."
Nabi
Musa a.s gembira mendengarnya . Kemudian , turun wahyu Allah s.w.t yang
bermaksud , "Hai Musa , bagi umat Muhammad nanti , akan ada 1 hari di
mana Orang yang mengerjakan ibadat hanya dua rakaat . Pahalanya lebih
baik daripada umatmu yang tujuh puluh tahun ini.."
Mendengar firman Allah s.w.t itu , Nabi Musa a.s bertanya ,
"Ya Allah , hari apakah yang di lebihkan itu ?"
Nabi
Musa a.s di beritahu , hari itu adalah hari Jumaat . Mendengarkan itu ,
Nabi Musa a.s pun memohon kepada Allah s.w.t agar umatnya juga di
berikan 1 hari yang di lebihkan . Maka Allah s.w.t berfirman "Untukmu
hari yang berbahagia itu adalah hari Sabtu . Untuk Isa hari Ahad . Untuk
Ibrahim hari Isnin . Untuk Zakaria hari Selasa . Rabu untuk Yahya dan
hari Khamis untuk Adam . Jumaat adalah untuk umat Muhammad.." Nabi Musa
a.s bersyukur mendengarnya .
Ada
sebuah hadis Nabi Muhammad s.a.w yang mengatakan , dOa pada hari Jumaat
adalah dOa yang makbul . sesungguhnya , hari Jumaat adalah hari yang
penuh dengan berkat .
Nabi
Muhammad s.a.w bersabda , "Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada
hari Jumaat , maka dia akan didOakan Oleh malaikat hingga malam.."
Dari
Abu Hurairah , katanya dia mendengar Nabi Muhammad s.a.w bersabda ,
"Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat , melainkan melainkan 1 ary
sebelumnya ataw sesudahnya.."
Nabi
Muhammad juga bersabda , "Siapa yang berwuduk untuk menghadiri sOlat
Jumaat adalah baik (memadai) tetapi sesiapa yang mandi maka adalah lebih
baik.."
Sesiapa
yang paling awal datang ke masjid pada hari Jumaat mendapat pahala
ibarat berkOrban sekOw unta . Orang yang datang lebih lambat mendapat
pahala ibarat berkOrban sekOw lembu . Orang yang datang lebih lambat
lagi mendapat pahala ibarat sekOw kambing & Orang yang datang pada
saat - saat akhir mendapat pahala ibarat berkOrban sekOw ayam . Sesiapa
yang datang paling akhir mendapat pahala ibarat berkOrban sebutir telOr
ayam .
Setiap
langkah perjalanan ke masjid untuk sOlat Jumaat akan di tulis Oleh
malaikat seperti ibadat 2O tahun . Orang yang melakukan sOlat Jumaat ,
pahalanya sama dgn amalam 2OO tahun . bayang kan lah ! itulah kelebihan
yang telah ALLAH s.w.t janjikan kepada hamba yang turut perintah-Nya ~
Di
Baitul Makmur iaitu langit ke-7 ada 1 menara perak yg berkilau . Pada
hari Jumaat , naiklah malaikat Jibril ke atas menara itu untuk
melaungkan azan . Kemudian malaikat Israfil berkhutbah dan malaikat
Mikail menjadi imam sOlat Jumaat . Semua malaikat ikut sOlat Jumaat
Setelah
selesai sOlat , malaikat Jibril berkata , "Semua pahala azan ku berikan
kepada sekalian muazzin di kalangan umat Muhammad.."
Berkata pula malaikat Israfil , "Semua pahala khutbahku , ku serahkan kepada umat Muhammad yang menjadi khatib di muka bumi.."
Berkata
pula malaikat Mikail , "Semua pahalaku kerana menjadi imam dalam sOlat
jumaat ini aku berikan kepada semua Orang di kalangan umat Muhammad yg
menjadi imam pada hari Jumaat.."
Mendengar
kata - kata para malaikat itu , semua malaikat yang menjadi makmum
sOlat jumaat tidak mahu ketinggalan . Mereka berkata , "Semua pahala
sOlat kami ini berikan kepada semua Orang yang menunaikan sOlat Jumaat
berjemaah.."
Allah
s.w.t berfirman , "Wahai sekalian malaikat-Ku , adakah kamu perhatikan
bahawa Allah Maha Pemurah ? Demi Kemuliaan & Kesuciaan-Nya , Orang
yang menunaikan sOlat Jumaat diampuni dOsa - dOsanya . Merekalah yang
taat kepada perintah Allah dan setia kepada kekasih-Nya , Muhammad.."
okay, thats all. kepada kawan2 lelaki aku, sila pergi sembahyang jumaat okay. bukan selalu pn kena sembahyang jumaat ni. seminggu sekali je. dating pn hari hari. aku secara serious nak cakap, aku anti betul kalw nampak orang lelaki tak pergi sembahyang jumaat. lebih lebih lagi sebab dating. awek kat tepi pn relax je boyfie tak pergi sembahyang. kalw aku malu kowt. ilang respect aku kat korang weh.
dah a. tiba tiba teremo. haha. bye~