:)

Sunday, May 8, 2011


sometimes Allah breaks our spirit to save our soul,
he breaks our heart to make us whole,
he sends us pain, so we can be stronger.
he sends us failure to make us humbler,
he sends us illness so we can take care of ourself.
sometimes, God take everything away from us so we can learn the value of everything


Izzat pernah hantar sms ni kat aku dulu. time tengah frust dulu dulu. Semesti nya yang hidup akan mati, yang muda akan tua, yang lapang akan sempit, sihat sebelum sakit, dan kaya sebelum miskin. Malaikat maut tak pernah sekali pun lalai atas tanggungjawab yang Allah telah tetapkan keatasnya.

I miss him
Al Fatihah


-----Just because her eyes don't tear doesn't mean her heart doesn't cry. And just because she comes off strong, doesn't mean there's nothing wrong. 



I am not crying but my heart is broken. I hold everything inside. and I realized, hes not here anymore.


Al Fatihah,
Izzat Badry Badahruddin.

Saturday, May 7, 2011

Warkah,

Buat Izzad Badri,

        Assalamualaikum awak. Apa khabar? Dah lama saya tak dengar khabar awak. Tapi saya tahu, awak sentiasa dalam keadaan baik2 kan. Saya tahu. Saya macam ni lah awak, sama je macam dulu. Cuma after awak takde, saya susah nak bukak hati saya untuk reality. Saya lebih selesa berada dalam zone khayalan saya buat masa ni. Takpe lah awak, tu semua akan datang dengan sendiri suatu masa nanti. Saya just nak happy je dengan semua orang sekeliling saya termasuklah awak.


        Tak sangka kan, dari kita berkawan sms sampailah kita berkasih.mcam tak percaya je.awak baik sangat, takde makna nya saya nak reject awak. sweet. Awak secara keseluruhan sangat baik. walawpun saya ni panas baran, suka cakap lepas dan tak matured langsung, tapi awak tak pernah marah atau merungut. Awak layan je saya. Awak memang penyabar sangat. kalw ada benda tak puas hati pun awak slow talk ngan saya elok elok..


          Awak antara boyfriend saya, awak la yang terbaik. Awak jaga saya elok2. Awak tak pernah marah marah saya. Apatah lagi nak ber aku-kau. Awak tak pernah tinggi suara kat saya. Kesimpulan nya, awak sangat baik. Awak tak pernah ambil kesempatan kat saya. walwpun kita selalu date kat tempat yang tak ramai orang awak tak pernah pikir dan buat yang tak baik kat saya. Saya bangga sangat dengan awak time tu. kita jarang jumpa, tapi tiap saat kita sms. saya tahu apa yang awak buat, dan awak tahu apa yang saya buat. setiap malam awak call saya, kita gelak2 cakap pasal masa depan. saya bahagia sangat time tu. tapi awak selalu pesan yang kita tak boleh ramal apa akan jadi pada kita di masa hadapan.


       Tapi tiba tiba semua berubah, saya ingat lagi malam tu, 17JUN2008 awak ceritakan semua kat saya. kenapa awak, kenapa? kenapa semua tu boleh jadik bila kita actually bahagia. kenapa awak cakap awak tak cukup baik untuk saya. Awak cakap awak takut suatu hari nanti awak akan buat saya sakit hati. kenapa awak cakap awak tak bersedia lagi nak jaga saya. Awak bagi alasan yang tak munasabah.Awak kata awak dah pernah terlanjur dengan girlfriend awak dulu, padahal itu semua alasan awak nak lepaskan saya. 
      saya sedih sangat time tu. saya nanges macam orang gila.tak tido sampai pagi. naseb baek parents saya kerja, so tak nampak saya bengkak pagi tu. saya kecewa, frust sangat2 masa tu.susah nak terima kenyataan orang sebaik awak boleh buat saya macam ni. saya kecewa betul. saya macam tak percaya semua tu boleh jadi kat saya. segala kenangan kita sentiasa jadi teman saya bila saya ingat awak. paling bermakna kat saya bila awak nyanyi lagu I'm Yours-Justin Mraz dengan gitar kesayangan awak. saya sangat terharu time tu. Awak selalu kejut saya solat subuh and selalu remind saya bila masuk waktu solat. semua lagu yang awak pernah nyanyi kat saya sentiasa saya ingat sampai lah sekarang even kita dah break 2 tahun lebih. mula mula lagu Ratu-teman tapi mesra masa kita still berkawan. call saya tengah2 malam and nyanyi chorus lagu tu pastu letak. kelakar ok, tapi saya suka. Banyak lagi awak nyanyi, Spider-rela ku pujuk. yelah, suara awak kan sedap. saya je yang tak pernah nyanyi kat awak. kan? Awak sangat sweet.

      even kita da break up, awak tetap anta sms tanya khabar and ingatkan saya macam selalu.tu semua buat saya jadi susah nak lupakan awk. tapi setiap hari semua tu makin lama makin berkurang. Awak dah tak call saya,pastu sms dah kurang.kadang2 bila saya sms awak tak reply. saya call awak tak angkat.saya sedar kita makin jauh.saya tak leh nak terima kenyataan tu.dekat setahun saya rasa miserable sangat. kalw awak tahu blog lama saya, sure awak boleh rasa bertapa seksanya saya time tu.bila saya luah kat kawan kawan saya, dorang semua kata ada hikmah di sebalik semua tu

       saya ingat lagi awak sms saya suatu hari bila saya dah sms awak banyak kali. awak kata tu semua ada hikmah. ada hikmah di sebalik kita berpisah. ada hikmah kenapa Allah tak bagi kita tetap bersama walwpun kita tetap sayang satu sama lain. Awak kata tu semua ada sebab kenapa Allah tetapkan takdir kita sebegitu sedih. saya ingat lagi, awak pernah call saya pukul  3 pagi, and awak menanges sebab menyesal buat keputusan yang tak masuk akal macam tu. saya tak pernah dengar awak menangis sampai macam tu skali. tapi masa tu saya dah couple ngan orang laen. and awak still ngan Siti Nurbaya tu. Kita still sayang satu sama laen lagi tapi masa tu kita dah ada komitmen laen. tapi saya ngan dia tak tahan lama pun, sebab dia adalah bertentangan dengan awak. laen sangat. saya sayang dia tak ikhlas. dalam hati saya selalu compare antara awak dengan dia. awak selalu nasihatkan saya tak elok buat macam tu tapi saya tak leh nak buat apa2.

     tapi lama2 kita berdua akhirnya terima kenyataan. kita dah kurang sms and call. cuma sms bila nak raya or something big like birthday wishes. saya jadi terbiasa bila tak sms sesapa. saya jadi lebih selesa bila saya bermula dengan dunia khayalan saya. saya selesa dengan dunia saya dan kawan2 saya. saya lebih selesa dengan kehidupan saya. semua berjalan dengan lancar sampai lah pagi tadi. saya bangun, ber aktiviti macam biasa dan kawan awak sms saya:

"Izzad Badry telah kembali ke rahmatullah. kemalangan jalan raya pukul 2 pagi tadi"

mulanya saya tak percaya, tapi lepas dapatkan kepastian dari beberapa orang.saya sedar yang mereka tidak bergurau. bertapa remunya hati saya bila dapat tahu awak accident dilanggar treler.dunia saya jadik gelap.semua terhenti. saya macam tak percaya yang penghujung hubungan kita macam ni. saya tak pernah terpikir yang penghujung yang biasa saya tengok dalam drama terjadi kat saya. saya tak sangka hikmah dan sebab yang awak maksudkan dulu ini. Sebab awak takut suatu hari nanti awak akan sakitkan hati saya adalah hari ini. awak takut saya kecewa dengan awak pada masa hadapan itu adalah hari ini. saya tak sangka awak betul2 tinggalkan saya.tinggalkan saya dan kita takkan berjumpa langsung. saya takkan dapat sms hari raya dari awak lagi. takde orang nak call saya 31 March setiap tahun berjam2 lagi. saya tak dapat bayang kan kalw saya sekarang masih disamping awak macam dulu. sakit dan susah bagi saya nak terima semua kenyataan ni. saya tahu, saya masih sayang kan awak macam dulu.takde sapa boleh ganti tempat awak.awak saya letak kat suatu tempat yang istimewa dalam hati saya. Segala salah dan silap awak saya maafkan.saya tak pernah simpan dalam hati. semua kesilapan kita yang lama tu saya dah lupakan.terima kasih kerana pernah kongsi sedikit kasih awak pada saya.

      Ini surat saya yang pertama dan yang terakhir untuk awak saya betul nak pegi majlis pengebumian awak. tapi kita terlalu jauh. takde siapa yang boleh bawa saya.kawan2 awak semua  dah pindah jauh dari saya.saya sedih tapi dalam masa yang sama saya tak tahu nak buat apas.saya keliru dengan diri saya. saya tak tahu apa yang sepatutnya sapa buat. saya sedih tapi air mata tak nak mengalir.saya cuma boleh doakan awak supaya di tempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Semoga roh awak di cucuri rahmat. saya akan sentiasa selitkan awak di antara doa2 saya.akhir kata, saya sayang awak. Al-Fatihah~

dalam kenangan,
Izzat Badry,
31March1989-07June2011


hana.




link for the news.link

So Beast, Season Greetings

I looked at this stuff last year in Beast Forum and felt in love.It is expensive but I think it worth. The stuff come with a box that consist of
Calendar 2011
Diary 2011
Clear Folder
Postcard
Sticker


 A front picture of the box
 A clear folder. 
Inside this folder there are postcards with the face of beast members.

A sticker.
Its glitter actually

and the picture below are the postcards
 







Next is 2011 calendar

 the front looks of the calendar. of course there is a month page, 
but I just snapped the pictures page.




















and this is the back view of the calendar.

the final one is the 2011 diary

the front cover of the diary. Its pretty and I like it!
there are a few sections inside the diary and its divided by all this picture below

















and this is the back cover of the diary.


the diary is very useful. I feel like using it. Maybe for my Kpop diary. :) Next will be updating about my Big Bang stuff and SJ-M perfection album :)