:)

Wednesday, June 22, 2011



Storms come and go
                                     laughter turns into frowns
but life must go on.
relationships start and end
and friends come and go
but life must go on.
love sometimes last forever
lust is just there
but life must go on.
you can give and take away happiness
and you can break a heart
but of course life must go on.
but certain things people do causes life not to go on




life must go on, but it does not mean we have to forget what had happened to us. :) I praying hardly may Allah bless you there always. I love you, Al-Fatihah

Saturday, June 18, 2011



Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti

Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu

Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia

Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu

Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana

Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati


 Adalah haritu, aku saja gedik2 nak guna laptop adik aku yang last tu. Konon2 nak dengar lagu nasyid, maklum lah, aku memang takde. So, tengok la list2 lagu nasyid yang dia ada. bila tengok je tajuk lagu ni teringat lah zaman2 kat sekolah dulu, antara waktu Maghrib nak ke Isya' tu biasa nya EDAR (aku pun dah lupa apa maksud dia) akan pasang lagu nasyid kuat2, so takdelah dengar kitorang bersembang serupa tak pernah bercakap sehari. Lagu ni antara yang famous jugak lah. Kira kalw boleh sing a long and ingat lirik tu maknanya aku pun suka lah lagu ni. best lah lagu ni. Lirik pun bermakna.
Masa click lagu ni aku tak perpikir pun pasal lirik dia, saja nak dengar. Tapi bila dah dengar rasa macam ada kena mengena je lagu ni ngan hidup aku. Dengar lah second time, rasa nak nanges. Sedih, pilu, saket hati semua dah bercampur baur. kenapa lah kan....

Masuk minggu ni dah sebulan lebih Izzat pergi. Rasa tak percaya tu sentiasa bersarang dalam hati. Sentiasa berharap yang ni semua adalah mimpi yang aku tak sabar2 nak bangun. Even dah takde pape antara kitorang, tapi tak sangka ni semua boleh berlaku kat aku. Semua dah tertulis sejak azali dan kita pun tak tahu yang ni semua bakal terjadik. Even adik aku sendiri sedih dengar berita ni. Ma ngan ayah aku pun tak percaya. Rasa sedih je bila adik aku cakap, ma aku terus bacakan yaasin bila adik aku bagitahu pasal hal ni.

bila aku buka facebook dia, sedih je. selalu nak salah kan diri sendiri kenapa lah aku tak terpikir nak add dia. tapi ye lah, kata adik aku pun " dah takde jodoh, long. Allah pun lebih sayang kan dia"  every time tengok sure bergenang je mata. nak menanges, tapi still kena tahan. bila tengok Baya post kat wall dia, aku pun jadik sedih. Mungkin aku rasa aku dah cukup sedih, tapi sebenarnya Baya ngan familiy dia lagi sedih. Aku ni, cuma sikit je.

bukan tak nak move on, tapi aku perlu masa yang banyak nak lupakan kesedihan ni.

Dalam kenangan,
Al- Fatihah~